Monday, September 21, 2009

Kad Raya dari Nur 2009


Hampir seminggu Nur tak dapat nak update blog....keadaan Nur benar-benar tak mengizinkan,
sibuk sekali.....disini Nur ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Idilfitri kepada kawan-kawan cyber serta maaf zahir dan batin jika terdapat kesalahan dan kesilapan yang pernah Nur lakukan semasa memberi komen....semoga kita semua mendapat rahmat dari Allah sempena bulan mulia ini. Terima lah kad raya dari Nur sebagai tanda persahabatan kita dialam cyber ini.


MYKADRAYA

Ini ada lah entri sticky mode....untuk entri terbaru sila srcoll kebawah.

Friday, September 18, 2009

^ -^My Cookies^ -^

Salam semua....baru hari ini dapat curi sedikit masa untuk mengupdate blog....last minute baru dapat post entri cookies.....sibuk sekali....ini pun tak dapat nak bercerita panjang....cuma nak berterima kasih pada Ayu yang berkongsi resipi honey cornflakes.....waktu jalan-jalan cuci mata sekejap kat blog Hana ternampak cornflakes cookies terus jatuh cinta tergolek-golek tengok gambar cornflakes yang cantik...bila tengok resipi dari Ayu Singapore.....caya lah Ayu...my daughter said "hhmmmm deliciousss" susah tu nak dapat pujian dari dia sebab dia tu "picky eater". Pada kawan-kawan yang memberi kad raya.....insyaAllah nanti Nur akan post...don't worry....terima kasih banyak-banyak ya.


Biskut Gajus-vert

chocolatepeanutbutter-vert


honeycornflakes1-vert

winter sonata-vert


chocolate oat crips-vert


kuih tart-vert

Monday, September 14, 2009

Kad Raya dari kawan-kawan

Kad raya dari Inahar

Kad raya dari Raihana Singapore

kad raya dari Kak Norli

Kad raya dari Siti

Kad raya dari Anawahid

KADRAYA lyana

Kad raya dari Lyana

kad mizan

Kad raya dari Mizan

kadrayahana

Kad raya dari Hana

kadrayamimi

Kad raya dari Mimi

kadrayaalong

Kad raya dari Alongroz

kadrayazura

Kad raya dari Azura

kadrayak.am

Kad raya dari Kak Am

kad raya my sweetlife

Kad raya dari Nurindah

kadrayaFae

Kad raya dari Fae


kadrayakzai

Kad raya dari Kak Zai


kadrayaika

Kad raya dari Ika

kadrayasuzi

Kad raya dari Suzi

kadrayaayu

Kad raya dari Ayu Singapore

kadrayaain

Kad raya dari Ain

kadrayaijan

Kad raya dari ijan

Terima kasih pada kawan-kawan yang telah memberi kad raya....semoga persahabatan kita akan kekal.....semoga dapat berjumpa lagi raya tahun hadapan...hehehe.

Tuesday, September 8, 2009

.:.Hidangan Berbuka.:.

Maaf kerana tak dapat nak update blog buat beberapa hari kebelakangan ini...sibuk sekali....maalum lah banyak kerja seharian yang perlu diselesaikan...kalau saat-saat begini fulltime housewife lah yang paling sibuk...kan...kan...sekarang ini tengah cuti sekolah tapi masih juga kena hantar anak kesekolah sebab anak Nur ada aktiviti disekolah....rasa macam nak buat projek cookies minggu ini....tapi belum decide pun nak buat cookies apa? Ok layan hidangan berbuka Nur pada hari minggu yang lalu. Belum sempat lagi nak menjenguk blog kawan-kawan....nanti bila free Nur jenguk blog anda semua....yang mana tak sempat Nur nak jawap pertanyaan...jangan marah ya....sibuk sekali.


soup kway teow-vert


Soup Kway Teow

Bahan-Bahan

2 liter air
1 potong ayam dibagi empat
1 ketul tulang ayam
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh gula
garam secukup rasa

600 gm kway teow dicelup sebentar
180 gm taugeh

Untuk taburan

300 gm ayam yang disiat isi nya
15 biji bebola ikan
Daun bawang, bawang putih yang telah digoreng rangup bersama minyak nya

Sos kicap

6 atau 8 biji cili pada dihiris halus
3 sudu makan kicap cair

soupkwayteow-vert

Untuk menyediakan stok

1. Didihkan air. Masukkan ayam bersama tulang ayam dan lada sulah.
2. Didihkan lagi, kecilkan api dan masak perlahan hingga 30 atau 40 minit.
3. Bila telah masak tapiskan stok kedalam periuk yang bersih.
4. Masukkan gula dan garam mengikut citarasa.
5. Bila ayam yang direbus tadi telah benar sejuk, siat-siatkan untuk ditabur
keatas kway teow.

Cara membuat minyak bawang putih

1. 5 atau 6 biji bawang putih dicincang halus.
2. Panaskan sedikit minyak untuk mengoreng bawang putih itu.
3. Bawang putih digoreng hingga garing dan kuning warna nya.
4. Bila dah wangi dan garing angkat ketepikan.

Untuk menghidangkan nya

1. Panaskan kembali stok ayam tadi, masukkan bebola ikan.
2. Masak sebentar saja bebola ikan tadi supaya tidak keras.
3. Ambil mangkuk, letakkan kway teow dan tuangkan kuah stok ayam tadi.
4. Taburkan dengan daun bawang, sos kicap, taugeh, ayam yang disiat dan 1 sudu kecil minyak bawang putih serta bawang putih yang telah digoreng.


* Ini ada lah resipi asal yang Nur ambil dari buku masakkan...untuk menepati citarasa keluarga Nur dah ubah sedikit Suop Kway Teow ini dengan merebus stok ayam cara Nur sendiri....dan Nur tambahkan crabstick, telur puyuh dan pelbagai lagi mengikut selera sendiri.


muttonchopI


Anak Nur tak suka soup kway teow jadi terpaksa lah Nur pergi ke Cold Storage beli lamb untuk dimasak Mutton Chop.....kalau gunakan lamb daging cepat empuk walaupun harga nya agak mahal sedikit lagi pun daging segar.......Nur beli dua paket, harga nya dalam anggaran S$20 berat nya kurang dari setengah kilo....Nur dah terlupa berapa gm. Bila berbuka dia makan tak toleh kiri kanan.....bertambah ada....

kuih dadar-vert

Kuih Dadar ini resipi Nur ambil dari blog......dah lupa pula tuan punya resipi....bila dah simpan banyak-banyak resipi sampai terlupa pula siapa kah gerangan yang empunya resipi.....ish macam mana tu....anyway, terima kasih kerana berkongsi....ini first time Nur buat kuih dadar kerana Nur tak berapa suka cuma suka inti nya saja....hehehe....inti nya Nur ikut resipi Alongroz.
Thank you for sharing....reminded me of your kuih bom.

Bahan-Bahan

4 biji telur
300gm tepung gandum
300ml air daun pandan
250ml santan krem
200ml air

Cara-Cara

1. Daun pandan dipotong kecil-kecil dan masukkan kedalam blender bersama air.
2. Dikisar halus dan tapis ambil air nya.
3. Didalam mangkuk masukkan telur, tepung, air pandan, santan krem dan juga air.
4. Dengan mengunakkan whisk kacau rata sehingga bancuhan menjadi licin.
5. Panaskan kuali non-stick, sapukan sedikit minyak, ambil secukup bancuhan untuk dijadikan seperti lempeng. Bila siap angkat dan ketepikan. Ulang sehingga habis bancuhan itu.
6. Ambil dalam anggaran 1 sudu inti kelapa dan gulung kuih dadar seperti mengulung popiah.

********************Photobucket********************


Thursday, September 3, 2009

.:.Lontong Goreng, Tuna Puff & Bee Hoon goreng.:.

Photobucket

Menu berbuka semalam lontong goreng dengan tuna puff.....alhamdulilah cukup untuk Nur berdua beranak....hehehe..rasa ringan sedikit berbuka makan lontong goreng...kerja pun tak banyak.


Photobucket


Tuna Puff Instant.......puff nya Nur gunakan roti prata....anak Nur suka....kalau anak suka, mama nya lagi suka...hehehe.


Photobucket

Serimuka ini Nur buat semalam juga sambil tengok tv sambil kerjakan serimuka...baru hari ini dapat makan kerana semalam masih panas lagi untuk dipotong...hari pun dah malam waktu itu dah kena masuk tidur.....


Photobucket

Ini ada lah menu berbuka hari ini....bee hoon goreng...dah lama tak makan bee hoon goreng...jemput makan semua. Layan aje lah....

Wednesday, September 2, 2009

.:.Nasi Ayam & Pengat Pisang.:.

Photobucket

Semalam Nur masak Nasi ayam untuk berbuka......buat sekali untuk sahur juga.....tengok anak-anak Nur boleh pulak makan nasi waktu sahur....tak cakap banyak tapi tak tambah macam selalu...mereka memang suka makan roti saja waktu bersahur....kekadang pening juga setiap hari fikir nak masak apa....nak fikirkan tekak sendiri dan juga tekak ahli keluarga....anak-anak Nur pun boleh dikatakan "picky eater" ada anak-anak orang semua boleh sebat tak kira....tolak batu ngan kayu aje...best kan gitu.


Bahan-Bahan

2 cawan beras
5 biji bawang putih
1 inci halia
6 ketul tulang ayam
*Bawang merah, sedikit halia,
4 biji bawang putih, kesemua nya dicuci bersih dan dititik sedikit
1 batang leek, 1 batang lobak merah dipotong kecil*
Daun pandan dan garam
Air secukup nya

Photobucket

Cara-Cara

1. Beras dicuci bersih dan toskan air nya.
2. Sementara itu rebuskan tulang ayam bersama yang bertanda* untuk mendapatkan stok ayam.
3. Tapis stok ayam dan ketepikan.
4. Halia dan bawang putih dikisar, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar tadi. Setelah wangi masukkan beras dan kacau rata. Masukkan stok ayam, sedikit garam dan juga daun pandan.

Photobucket


Ayam Blackpepper

1. 1 ekor ayam dibersihkan dan kemudian ditoskan air nya.
2. 4 biji bawang putih ...dan 1 inci halia dikisar, lumurkan pada ayam tadi hingga rata.
3. Secukup sos blackpepper, lumurkan pada ayam dan gril ayam pada suhu 250c
sehingga masak. Jangan gril terlalu lama, biar lembab sedikit.

*Ini lah cara-cara Nur masak nasi ayam...kadang-kadang ayam digoreng juga...tapi family Nur suka pada ayam blackpepper.....kalau cara memasak nasi ayam...Nur ikut cara orang Tionghua masak....air stok ayam tidak terasa hamis....terpulang pada individu...ini cara Nur.

Bahan-Bahan untuk sos cili

5 atau 6 batang cili merah
3 hiris halia
3 biji bawang putih
Kesemua bahan dikisar, masukkan dalam 1/2 cawan stok ayam, sedikit gula dan garam.
Titiskan sedikit minyak bijan (sesame oil) dan perahkan dalam 3 atau 4 biji air limau kasturi.


Photobucket


Dah beberapa hari cari pisang kepok untuk buat pengat...penat cari sana sini tapi tak dapat, akhir nya bila dapat pisang nya tidak begitu cantik...tak mengapa lah asalkan dapat buat
bubur pengat....memang dah lama dok mengidam. Nur makan selepas solat...sambil rehat nonton sinetron SCTV cerita "Cinta Fitri"....dah kena tipu pun masih nak tengok juga..hehehe..sampai hubby kata tengok drama Spore kan lebih bagus..ish tak boleh..tak boleh dah follow up dari Cinta Fitri season 1...mesti nak tau kesudahan nya. Dah syok tengok lupa pulak nak panaskan bubur pengat tu ataupun masukkan kedlm fridge...sudah nya waktu bangun sahur bubur pengat Nur dah lain macam, dah nak rosak.....huhuhu....kesian ke tong sampah jadi nya....malang sungguh nasib pengat pisang tu...cik tong yang makan dan kenyang.

********gif********