Friday, May 29, 2009

Udang Tomyam

Photobucket

Agak sibuk sedikit beberapa hari yang lalu...terima kasih pada yang bertanya khabar. Hari ini nur ingin berkongsi resipi udang tomyam yang ringkas untuk memasak nya. Anak-anak nur memang suka pada perasa tomyam....mereka suka yang masam-masam...tapi jangan terlalu masam sangat.

Bahan-Bahan

300 gm udang yang segar
1 biji bawang besar di hiris nipis
2 sudu makan tomyam cili paste
3 helai daun salam limau purut
3 helai daun salam

Cara-Cara

1. Tumiskan bawang besar yang dihiris nipis.

2. Masukkan daun limau nipis dan daun salam, ditumis lagi hingga naik bau nya.

3. Masukkan tomyam cili pes dan juga udang.

4. Di gaul rata dan akhir sekali masukkan gula dan garam.


Photobucket


*********************************************
Photobucket

Wednesday, May 27, 2009

~ Crunchy Chocolate Chips ~

Photobucket

Bila teringin nak makan cookies tak payah ler nak tunggu raya kan...bila bila masa boleh buat, senang dan sedap rasa nya....bukan anak anak saja yang suka, mak budak pun suka juga. Resipi ini dari buku "Home -made Biscuits."

Bahan A
125 gm mentega
120 gm gula perang
60 gm mentega kacang
1 tsp esen vanilla
1/2 tsp soda bikabonat
1 biji telur size B
1 tsp chocolate emulco

Bahan B
200 gm badam kepingan

Bahan C
180 gm tepung naik sendiri

Hiasan
Coklat masak putih

Cara-Cara
1. Sebatikan bahan A
2. Masukkan bahan B dan C dan uli sebati sehingga menjadi doh.
3. Ambil sedikit adunan dan leperkan ke dulang.
4. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 150c selama 30 minit.
5. Setelah biskut sejuk paipkan coklat putih secara pilin diatas biskut.

********************************

Photobucket

Friday, May 22, 2009

~ Kari Ikan Masin ~

Photobucket
Masak kari lagi...tapi kali ini kari ikan kurau masin...dah lama tak masak lauk ini...sesekali masak Photobucketbertambah nasi...berselera...diet tolak tepi. Nur kenakan dengan sambal telur....tapi gambar tak payah tepek ler.


Photobucket

Wednesday, May 20, 2009

:Roti Kirai:

roti kirai


Bila dah masak roti kirai tak perlu lagi nak masak nasi...memang kesukaan anak-anak di rumah tanpa jemu-jemu....kadang bila anak yang bongsu minta di masakkan roti kirai, mengeluh juga tapi apa nak buat kan kalau itu dah menjadi kesukaan nya...naik jelak juga kalau selalu makan roti kirai.



Bahan-Bahan
500 gm tepung gandum
200 ml susu cair
900 ml air
2 biji telur yang sedang
sedikit pewarna kuning


roti kirai


Cara-Cara
1. Pukul telur dan garam sehingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga rata.
3. Campurkan susu dan air, masukkan sedikit sedikit dalam adunan.
4. Kacau hingga tepung tidak bergentel atau lebih senang di blend saja.
5. Masukkan pula perwarna kuning dan perap adunan sehingga 20 minit
sebelum di kirai.

Monday, May 18, 2009

Walnut Brownies

Photobucket
Brownies memang menjadi kegemaran keluarga nur...lebih-lebih lagi yang ada kekacang...pasti menjadi kegemaran mereka...sekejap boleh habis.

Walnut Brownies - sumber Allrecipes

Bahan-Bahan

1/4 cawan butter
6 sudu makan cocoa powder
1 cawan gula
1/4 sudu kecil garam
1/2 cawan tepung serba guna
2 sudu kecil vanilla
2 biji putih telur
1 cawan walnut yang telah di cincang kasar

Cara-Cara

1. Panasakan oven pada suhu 175 darjah celcius.

2. Griskan loyang 8 inci.

3. Cairkan butter pada api sederhana.

4. Tuangkan ke dalam bekas mangkuk dan kacau bersama cocoa powder, gula,garam dan vanilla.

5. Masukkan putih telur dan campurkan bersama walnut.

6. Ratakan dalam loyang pembakar dan bakar dalam 30 minit atau mengikut oven masing-masing.

7. Setelah masak biarkan sejuk sehingga 10-15 minit sebelum di potong.

Tuesday, May 12, 2009

Mamak Mee Goreng

Photobucket


Hari ini ringkas saja masak mamak mee goreng....di rumah pun tiada sesiapa...jadi nur cari resepi yang senang untuk di masak....anak anak pun suka....jadi senang lah kerja nur.



Bahan-Bahan

4 sudu minyak
2 biji bawang putih di cincang
2 sudu makan pes cili kisar atau mengikut selera sendiri
50 gm kobis di hiris
100 gm tauge
400gm mee kuning
2 keping tahu di goreng dan di potong kecil
1 biji kentang rebus di potong kecil
2 biji telur
Daun bawang jika suka

Bahan untuk sos

1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap
2 sudu makan chili sos
3 sudu makan tomato ketchup
1/2 sudu garam (nur tak letak)
3 atau 4 sudu makan air

Untuk hiasan

1 biji cili merah dan hijau di hiris
2 biji limau kasturi

Cara Cara

1. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis kan bawang putih.
2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga naik bau.
3. Masukkan mee dan kacau rata.
4. Masukkan bahan sos, kentang rebus dan tahu. Kacau rata.
5. Kecil kan api, masukkan telur di tengah mee dan biarkan sebentar.
6. Kacau rata dan akhir sekali masukkan tauge.
7. Hiaskan dengan cili merah dan hijau serta perahkan limau kasturi.

* Bahan untuk membuat pes cili*

10 batang cili kering di rendam supaya lembut
2 biji cili merah
5 biji bawang kecil
1/2 sudu teh garam
4 sudu minyak masak

Cara Cara

1. Potong cili dan bawang di kisar untuk jadikan pes.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan cili pes.
3. Kacau rata dan biarkan aroma nya naik.
4. Ketepikan. pisahkan minyak dari pes nya.
5. Pes ini boleh di simpan di peti ais untuk kegunaan lain.

Friday, May 8, 2009

Kad Dari Teman-Teman


Dari Chik Mi yang menetap di Pulau Pinang....terima kasih kerana sudi memberi Nur kad ini...walaupun baru berkenalan sehari dua. Terima kasih sekali lagi.

Kad ucapan Selamat Hari Ibu dari kak Zai untuk Nur....terima kasih kak Zai kerana selalu beri Nur award dan hadiah....terima kasih sekali lagi kerana sentiasa mengingati Nur.Selamat Hari Ibu juga pada Kak Zai semoga hidup mu sentiasa di dalam rahmat Allah.

Wednesday, May 6, 2009

Chocolate Chip Oreo Muffins

Photobucket
Resepi ini nur terjumpa di salah sebuah blog...tapi sayang nur dah terlupa siapa kah gerangan yang empunya resepi ini....maaf di pinta....walaubagaimana pun nur ucapkan berbanyak terima kasih kerana berkongsi resepi.

Bahan-Bahan
1 biji telur
120 ml susu segar
55 gm mentega di cairkan
170 gm tepung gandum
2 camca teh baking powder
1/2 camca teh garam
80 gm gula pasir
70 gm biskut oreo di patah-patahkan
70 gm chocolate chips

Cara-Cara

1. Susunkan muffin casing ke dalam muffin pan.
2. Ayak tepung bersama baking powder dan garam, lalu ketepikan.
3. Panaskan oven pada suhu 200c atau 190c (mengikut suhu oven sendiri).
4. Pukul telur dengan menggunakan whisker bersama susu dan mentega sehingga sebati.
5. Masukkan tepung yang telah di ayak tadi bersama chocolate chips ke dalam adunan. Kacau rata bahan itu.
6. Akhir sekali masukkan biskut oreo dan kacau rata.
7. Jika suka boleh lah di taburkan dengan chocolate chips dan bakar selama 15 atau 20 minit.

Saturday, May 2, 2009

Tahu Goreng

Photobucket
Teringin nak makan tahu goreng.......nak membuat nya pun senang juga........hidangan petang yang ringkas sempena hari cuti selain dari hidangan nasi.....tak terasa berat bila makan tahu goreng ini.
Bahan-Bahan
6 keping tahu di goreng dan di potong enam
200 gm tauge di celur
1 biji timun di potong serong
air asam secukup nya
3/4 cawan kicap manis
1/2 cawan gula merah
minyak secukup nya untuk menggoreng tahu
garam secukup rasa
10 biji cili padi (ikut suka pedasnya)
3 ulas bawang putih di tumbuk
2 cawan kacang tanah di goreng dan di kisar kasar
Sedikit petis (jika suka)
Cara-Cara
1. Campurkan kacang tanah dan bawang putih dengan air asam. Kacau rata.
2. Masukkan gula dan garam sambil di kacau lagi, kemudian masukkan kicap.
3. Susun tahu di dalam pinggan, letakkan tauge dan timun di atas nya.
4. Kemudian siramkan dengan kuah kacang.