Thursday, October 22, 2009

.:.Sarapan Pagi.:.

meebaktai-vert

Pagi ini Nur sediakan sarapan untuk anak-anak Mee Bee Tai Mak.....semasa raya lalu Nur ada jamu tetamu yg datang berkunjung dengan mee ini....terasa hairan tetamu Nur sebab dia kata mee ini macam belut....ada rupa belut ke? Hehehe...macam-macam ragam kan tapi yang pasti ini ada lah kegemaran anak-anak...pada Nur rasa bee tai mak ni lebih sedap dari mee kuning. Kali ini Nur tak bubuh udang hanya letak hotdog saje....maalum lah seafood pantang bagi penyakit gout.....ingatkan hubby nak makan, rupa nya tidak....sarapan kat tempat kerja lah tu.

MEE BEE TAI MAK

500gm bee tai mak
250gm sayur bak choy
secukup hotdog dihiris
2 biji telur yang sedang
1 1/2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
1 biji bawang dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 atau 2 sudu makan cili kisar

Cara-Cara

1. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan hotdog dan gaul rata.
3. Ketepikan hotdog, pecahkan telur dan kacau rata.
4. Masukkan bee tai mak.
5. Masukkan kicap manis dan sos tiram.
6. Akhir sekali masukkan sayur bak choy dan jika perlu masukkan garam sedikit saja.

***********Photobucket***********

3 comments:

  1. rasanya mee bee tai tu boleh mkn ngan laksa penang kan..???

    ReplyDelete
  2. alahai...saya ni ketinggalan betul...mee bee tai nilah pertama kali kenal dan tengok...

    ReplyDelete
  3. sedapnyeer semua-semua masakan awak ni. akak begitu bangga.

    ReplyDelete