Thursday, July 9, 2009

.:.Tuna Burger.:.

Photobucket

Bila musim bulan puasa selalu Nur mesti simpan burger dalam peti ais sebab bila saur anak anak tak suka makan nasi, mereka lebih suka makan yang ringan saja sebagai alas perut....kalau Nur dan suami mesti cari nasi jadi bertenaga sedikit bila di sianghari....hehehe.....burger yang ini buat sendiri...rasa nya sedap...Nur lebih suka burger ikan dari daging....pelbagai macam kan selera ...berbeza dari setiap orang...apa-apa pun terpulang pada individu.

Bahan-Bahan ~ resipi Chef Wan

2 tin ikan tuna di tapis
2 sudu besar bawang yang telah di potong dadu
1 sudu besar hirisan daun pasli
110 gm serbuk roti
1 sudu besar mentega cair
1/2 sudu teh biji sawi kering
1/2 sudu teh garam
2 biji telur di pukul
secubit lada hitam yang baru di kisar
1/4 cawan mayonis
mentega untuk mengoreng
6 keping roti ban di belah dua
1 tangkai daun salad di siat kasar-kasar
4 biji tomato di hiris

Cara-Cara

1. Campurkan ikan tuna, bawang besar, daun pasli, serbuk roti, mentega cair, biji sawi, garam, telur, lada hitam dan mayonis.
2. Bulat bulatkan dan kemudian di leperkan dalam anggaran 4 cm.
3. Goreng dengan mentega sehingga kuning keemasan.
4. Angkat dan ketepikan, bubuh di antara belahan roti bersama daun
salad dan tomato.

Photobucket

*******************Photobucket*******************

6 comments:

  1. wow..fantastic..lama dah tak makan burger..pandai lah akak buat..mesti anak2 suka makan..

    ReplyDelete
  2. sedapnya homemade burger. Biras ain pun pandai buat homemade burger. sdp pulak tu.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah pulak buat daging burger sendirik.. cantek jer menjadi burger nye tue.. menarik la resipi nie. :)

    ReplyDelete
  4. cedapnyer nengok beger k.nur nihh! leh wat utk anak2 nnti! tQ kak!

    ReplyDelete
  5. salam nur

    Singgah membalas kunjungan :)

    wah sedap tu daging burge homemade
    menarik tul resepi ni

    ReplyDelete
  6. menyelerakan ye... mesti sedap ni.

    ReplyDelete