Dah lama teringin nak buat Pandan Cheese Cake ini...memang Nur suka sekali kek yang berperisa pandan....sedap dan harum bau nya....first time Nur buat tak menjadi...so second time cuba lagi baru menjadi....memang kek ini sedap dan ringan...tak rugi mencuba...macam sponge Pandan Cheese Cake ini. Nur cilok resipi dari Cik Mat Gebu...terima kasih kerana berkongsi resipi...
Yok jemput makan kek sambil minum teh o' panas bersama Nur.
BAHAN-BAHANNYA
200 ml susu segar
4 keping slice cheese (cheesedale)
70 g mentega
70 g gula halus
70 g tepung gandum, diayak
4 biji telur gred "B"
1 camca teh pandan paste
Sedikit pewarna hijau
Beberapa titik esen vanilla

CARA MEMBUATNYA
1. Siat2 slice cheese dan masukkan ke dalam susu segar, panaskan susu dan kacau hingga keju larut, masukkan mentega, pandan paste dan sedikit pewarna hijau, kacau rata dan sejukkan (mat guna kaedah double-boiler)...
2. Asingkan putih dan kuning telur, pukul kuning telur hingga pucat dan masukkan no. 1, kacau rata. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Ketepikan.
3. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan putar hingga menjadi meringue. Kaup balik meringue ke dalam no.2 dan masukkan esen vanilla, gaul hingga rata.
4. Tuang dalam tin yang telah disapu mentega, letak tin dalam bekas lain dan tuang sedikit air hangat (kalau guna tin spring foam, balut bawah tin dengan aluminium foil, utk mengelakkan air masuk).
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu kepada 140C dan bakar lagi selama 40 minit. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sebelum dipotong.
**********************************

Yok jemput makan kek sambil minum teh o' panas bersama Nur.BAHAN-BAHANNYA

lawanya cis kek nur!!cantik!!
ReplyDeletesedapkan cis kek ni. tu hari ain buat, kejap je langsai!!!
psst...mee bandung nur pun sedap la. ain tgh figure out ni nape latest entry nur x update dlm dashboard ain.
hmmmmm...!!!
wah, kak nur buat cheese kek plak..sy blom pernah cuba lg..ni nak salin resepi la ni. ada masa boleh try buat..
ReplyDelete