Friday, February 17, 2012

Rich Walnut Cake


Assalamualaikum dan salam sayang buat semua........

Nur menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kerana lama menyepi...terima kasih yang tidak terhingga pada yang masih sudi singgah ke blog Nur walaupun tidak meninggalkan jejak...terima kasih juga pada yang sudi mengambil resipi dari sini.

Nur agak sibuk sekarang banyak aktiviti luaran yang Nur lakukan sebab itu nak mengadap computer seperti biasa rasa macam dah penat.....rasanya dah banyak yang Nur tertinggal tapi tak apa kan...hehehe....anda semua sihat ke???

Ok lah seperti biasa Nur just proceed to the recipe ya....almaalum lah kan...sebenarnya kalau diikutkan hati memang banyak yang nak diceritakan tapi kita simpan aja lah...pendam buat jeruk aja....hahaha....just leave it to Allah yang maha mengetahui segalanya...ku tutup kedua belah mata ku seolah-olah tiada apa yang terjadi....orang yang sabar besar ganjarannya kan??? 


Dah agak lama Nur tak buat kek...kebetulan ada saki baki kacang walnut...so kita pun teruskan niat dihati.....hmmmm sesekali pekena kek rasa macam sedap gitu, mungkin kalau lebih kacang walnut lagi sedap kan seperti tajuk kek ini....apabila makan kek ini rasa sekali macam nak lagi tapi   ku tak rela....takut badan naik....dan tak tau kenapa disaat dan ketika ini dengan cara yang tidak disangka badan Nur turun 2kg....lepas itu kita agak particular juga lah sebab baju-baju dah terasa longgar....hahaha...jika kita teruskan aktiviti swimming agaknya bertambah turun kot badan kita....macam sayang pulak tengok baju-baju ku nanti...huhuhu...tapi seronok juga ya dari saiz M turun ke saiz S...hahaha berangan akak nie!!


Rich Walnut Cake
Adapted from: aunty Yochana
Shared by: Nuridah Salleh


Ingredients:
100 gm. Butter
90 gm. castor sugar
180 gm. beaten eggs
90 gm. cake flour ) sieved together
5 gm. baking powder )
15 gm. ovalette
25 gm. fresh milk
1 tsp. Vanilla essence
90 gm. Roasted walnuts - chopped


Method :
(1) Cream butter and vanilla essence till creamy and pale.
(2) Whisk eggs, castor sugar and ovalette till thick. Pour in fresh milk.
(3) Fold in sieved cake flour and baking powder until thoroughly mixed.
(4) Fold in butter into the egg mixture followed by the chopped walnuts. Leave some chopped walnuts for sprinkling on top of cake batter.
(5) Pour batter into a round 7" tray (lined with paper) and then sprinkle some chopped walnuts on top.
(6) Bake at 175C for about 50 - 60 mins. or until cooked. Test with skewer and if it comes out dry then it's cooked.


****************Photobucket****************

Monday, January 30, 2012

Tom Yam Seafood

Selamat petang semua....Nur sambung balik update blog untuk hari ini....almaalum lah Nur tak boleh update satu kali jalan....hehehe....

Dah siap ke untuk minum petang.....Nur ingatkan nak buat kuih kaswi....dah lama benar tak buat....macam teringin tekak ini...tak tau lah sejak kebelakangan ini tekak ini selalu terbayang makanan dan cemil2an yang sedap-sedap....takut juga nanti badan naik berlipat ganda...tapi biasa berat badan Nur maintain aja....ada satu kali bila Nur pergi medical check-up tiba-tiba bad cholestrol naik mendadak hingga doktor pun tanya kenapa....kata nya "tell me what do you eat this few months....hehe....tapi alhamdulilah sekejap aja the second time check-up okay...biasa lah bila usia dah melewati angka 4 dan seterusnya nak kena buat yearly check-up...kalau tidak tak tau tahap kesihatan kita.....

Hahaha...ok lah sambung kembali pada entri hari ini....lauk tom yam ini Nur gandingkan dengan ikan bakar dan sotong bakar....semuanya yang bakar-bakar...tekak dah macam-macam mengidam gitu...hehe. 




Tom Yam Seafood
Adaptasi dari: mompreneurasia
Resipi Puan: Amy Beh
Dikongsi oleh: Nuridah Salleh




Bahan-Bahan
8 ekor udang segar, dibersihkan,buang kulitnya dan tinggalkan ekornya
150g sotong, dibersihkan dan potong kecil
2 ekor ketam biru, dibersihkan dan potong dua - Nur gantikan dengan
5 keping isi ikan merah dipotong nipis
100g abalone mushrooms - Nur letak cendawan butang
6 cawan stok ayam
20g lengkuas
3 batang serai
12 biji cilipadi
3 akar daun parsli
4 sudu besar chilli paste Nam Prik Pao
6-8 daun limau purut

Untuk Seasoning:
1 sudu kecil garam atau mengikut citarasa
1-2 sudu besar fish sauce nampla
3-4 tbsp lime juice
1 sudu besar minyak
2 sudu besar stok ayam maggi - Nur gunakan jenama knorr
Monosodium glutamate to taste - Nur tak letak


Hiasan
Daun ketumbar dicincang kasar - Nur tak letak

Cara Menyediakan
1. Lengkuas dan serai diketuk.Masukan ke dalam periuk, tambahkan cilipadai,akar daun pasli dan stok ayam.
2. Masak hingga mendideh dan masukkan cili paste Nam Prik Pao, daun limau purut.
3. Renihkan selama 10 minit.
4. Masukan semua seafood serta mushrooms dan biarkan mendideh hingga seafood masak.Tambahkan
seasoning dan hiaskan dengan daun ketumbar.

****************Photobucket****************

Sotong Bakar

Assalamualaikum.....

Alhamdulilah dapat bertemu lagi dipagi Isnin ini..........kalau tak salah minggu lepas semasa mengunjungi blog Hazila...terpandang sotong bakar dan lauk tom yam...terus Nur terasa ingin sekali makan sotong bakar...biasa sotong Nur masak lauk tapi kali ini cuba bakar pula.

Ternyata memang sedap....sotongnya lembut serta segar dan kena lah pada citarasa Nur....lain kali Nur nak cuba gunakan resepi dari Chef Wan pula.....sebenarnya resipi asal mengunakan ikan tapi Nur tukar pada sotong. Rasanya tetap tak menghampakan. Anak Nur pun suka walaupun yang sebenarnya kadang-kadang dia macam geli-geli sikit nak makan sotong sebab teringatkan sotong tu bergerak-gerak....hehehe...macam-macam budak-budak ini kan!!! Selain dari itu Nur gandingkan dengan lauk tom yam seafood serta ikan bakar.....isshhh tak boleh angs!!! sesekali gelojoh sikit tak apa kan...hahaha.

Ok lah Nur nak teruskan tugas surirumah seperti biasa...hehehe...jumpa lagi dan selamat menikmati sarapan pagi.




Adaptasi dari: junjs11@myresipi.com
Dikongsi oleh: Nuridah Salleh




Bahan-Bahan
1 ekor ikan (bawal/merah) - Nur gantikan dengan 3 ekor sotong
1 serai-diketuk
daun limau purut-dihiris
air asam jawa
daun pisang dan aluminium foil



Bahan-Bahan Kisar
5 cili merah
5 cili kering
5 cili api
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
garam secukup rasa



Cara-Cara
1.Panaskan minyak. tumis bahan2 kisar hingga wangi dan naik minyak. masukkan serai, garam dan air asam.
2.Letakkan daun pisang diatas aluminium foil. letak separuh sambal, kemudian letak ikan dan tutup dengan baki sambal tadi. tutup daun pisang dan foil.
3. Bakar dengan api kecil hingga ikan masak pada kedua2 bahagian.
4. Hidangkan dengan air asam atau cili berkicap.

****************Photobucket****************